Tuesday, May 23, 2006
Rindu berpanjangan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
*Note: Due to the topic, self-expression for this post will continue in Malay. Harap maklum*Rindu. Rindu sangat.
Itulah kata-kata yang sering terungkap, dan sering disebut di lidah.
Hati turut berkalam begitu.
Maghrib sudah mendekati. Nak masuk, tak nak masuk. Nanti orang tu marah. Dia tengah syok berblogging.
Masuklah, maghrib. Aku memang menanti pun.
Jikalau dahulu, tatkala rindu ini masih baru, hati ini sering teringat. Biasalah. Keadaan baru. Hati sentiasa sayu. Bak kata mat salleh, "it makes me glad, just to be sad, thinking of you."
Mungkin suasana dah berubah. Mungkin hidup terlalu routine. Tetapi tanpa routine, nanti rindu ini terabai. Tanggungjawab yang banyak ini, mungkin tersisih. Nanti hati ini tidak merindu lagi. Nanti lidah pun tak terupaya untuk membohong dan mengatakan rindu yang sudah hilang.
Takut. Takut sangat.
Takut yang rindu itu nanti akan hilang. Tanpa arah tujuan. Tanpa boleh dikesan, dicari kembali.
Jalan manakah yang sedang aku turuti?
Jalan luruskah?
Jalan bengkok kah?
Ataupun aku ikut shortcut?
Mungkin kerana terlalu banyak peringatan menghujani, maka hati yang punya sisa karat yang degil masih mampu takabbur dan berbanding-banding.
"Jalan aku lebih lurus lah."
"Eh. Dia tu, tahu jalan ke tak?"
Dan sedikit demi sedikit, rindu ini menjadi tidak lain, hanya memori dari suatu masa agung terdahulu.
Namun,
bila mendengar berita tentang mereka yang tersesat jalan (lagi)
mereka yang mungkin tidak akan jumpa jalan itu
mereka yang tidak sempat aku tolong
untuk mencari jalan
di sebalik semak samun dunia simen dan mortar ini
Aku menangis.
Aku merintih.
Aku sedih.
Rupanya rindu ini masih ada lagi.
Syu'ur masih wujud.
Tetapi aku yang tidak menghidupkan
Dan aku yang tidak menghiraukan
Dan aku memandang kulit buku
Tanpa menilai isinya dahulu
Maka Kau yang Maha Mengetahui
Mengetuk pintu
Menggerakkan tali hati
Yang makin keras, kurang lentur
Sukar diulit kembali.
Peringatan inilah yang menghujani
Membasahi hati
Membuatkan kesedihan itu datang
Tenggelam timbul
Datang lagi.
Kau terlalu rindukan diri hina ini
Kau rindukan tangisan tulus
Kau rindukan zikir munajat berpanjangan
Maka Kau timbulkan kesedihan
Agar diri ini, yang tidak mampu membalas pemberianMu, ya Rabb
Menerima lagi.
Biarlah doaku basah
Biarlah mata ini tidak lekang
Biarlah mereka menuduh
Memandang dan mencaci
Asalkan diri ini
Tidak menjauhkan diri lagi.
Wassalamu'alaik.
this has been a rant by Syazwina Saw at 5:10 pm
0 comments